Sabtu, 23 Julai 2011

Permata Hati

Warm Affection
Permata Hati

Permata Hati
umpama suria menyinari cekerawala pagi
indah cahayamu yang memulihkan keriangan,
mengembalikan kicauan burung.
memecahkan kesunyian.

Permata Hati
Kusambutmu dengan senyuman
disaat tubuh longlai, kau datang dengan tangisan
menerbitkan airmata syukur.

Permata Hati,
kewujudanmu menjadikan aku lebih tahu tentang usulku
kewujudanmu menjadikan aku lebih tahu tentang hala tujuku
kewujudanmu menjadikan aku seorang insan yang lebih sempurna.....

Permata Hati,
Kaulah penyeri hidupku.................................................

Permata Hati,
Doaku kekal sentiasa menemanimu ke akhir hayatmu.....

Permata Hati,
Cuma perhargaan darimu yang akanku pinta darimu.....
Permata Hatiku Nurul Hijanah(5thn) & Mohammad Haikal(3thn)

Sayang Kamu,
Ibu

Tiada ulasan: