The Youngmama's Life
A Perfect Life(Kehidupan yang Sempurna) -Hidup yang paling bermakna, adalah hidup yang telah dilengkapi dangan pelbagai rencah.........
Jumaat, 29 Jun 2012
Sabtu, 23 Julai 2011
Permata Hati
![]() |
| Warm Affection |
Permata Hati
umpama suria menyinari cekerawala pagi
indah cahayamu yang memulihkan keriangan,
mengembalikan kicauan burung.
memecahkan kesunyian.
Permata Hati
Kusambutmu dengan senyuman
disaat tubuh longlai, kau datang dengan tangisan
menerbitkan airmata syukur.
Permata Hati,
kewujudanmu menjadikan aku lebih tahu tentang usulku
kewujudanmu menjadikan aku lebih tahu tentang hala tujuku
kewujudanmu menjadikan aku seorang insan yang lebih sempurna.....
Permata Hati,
Kaulah penyeri hidupku.................................................
Permata Hati,
Doaku kekal sentiasa menemanimu ke akhir hayatmu.....
Permata Hati,
Cuma perhargaan darimu yang akanku pinta darimu.....
Permata Hatiku Nurul Hijanah(5thn) & Mohammad Haikal(3thn)
Sayang Kamu,
Ibu
Selasa, 19 Julai 2011
My Life Part 4
When I was there.... ibu like a 'pelarian'.... warden datang, nyorok sana.... nyorok sini.... huhuhu.... Disitulah bermulanya 'hidup' ibu..... I was always looking for a fun...... hidup sentiasa dlm kekalutan..... ya Tuhan..... dlm tempoh 2 bulan ibu tukar kerja 3x..... Poket pun dah kosong..... huhuhu..... finaly join McDonald as a Cashier.... Oklah.... araound 650++ gak lar dapat.... hehe... can make up dee.... Happy sampai terlupa 'dimana aku kini'..............
(#@^&$)&!)$&_!U$_(*!&(_*()_!*)$&)(()%&_%#)
Bkenalan dgn Robin, an then Robin knalkan ibu ngan Adi (bukan nama sebenar)..... Pergh, kacaaaaaknyeeeer!.... ala-ala Tomok.... eheheeeeee.... a week we know each other, we're getting closer..... And we're closest.... He teach me a lot of thing.... 'Segala-galanya'!......... Till we're fallin in love? True Love?....
((@&)$&)*(!^&!%&&!&^$&@&$#&(%&@(^$#)
* * * * * * * * * *
(#@^&$)&!)$&_!U$_(*!&(_*()_!*)$&)(()%&_%#)
Bkenalan dgn Robin, an then Robin knalkan ibu ngan Adi (bukan nama sebenar)..... Pergh, kacaaaaaknyeeeer!.... ala-ala Tomok.... eheheeeeee.... a week we know each other, we're getting closer..... And we're closest.... He teach me a lot of thing.... 'Segala-galanya'!......... Till we're fallin in love? True Love?....
((@&)$&)*(!^&!%&&!&^$&@&$#&(%&@(^$#)
* * * * * * * * * *
Selasa, 11 Januari 2011
24 Ciri-ciri Orang Mencintai Kamu
3 Sep 2010
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Ahad, 26 Disember 2010
Sepi Lyrics
Sepi Lyrics: "Yuni Shara Sepi lyrics . These Sepi lyrics are performed by Yuni Shara Get the music video and song lyrics here. Sepi hati terjadi lagi Mungkin sampai mati aku sepi Biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja Aku ini yan"
My Life Part 3
Hm.... Beginilah hidup... Bila senang, kadang kita lapa asal kita, lupa apa yang ada di belakang kita... hm... Pepatah orang putih kata 'the pass is pass'... hmm.. yaaa... kadang kita perlu pandang kebelakang untuk kta ingat diri... kerana yang ada di belakang itulah yang menjadi sempadan kta daripada RIAK... Sekali Ibu diuji... Lecturer kmi 'anounce' bahawa kolej baru x ada jaminan coz.... Tiada pengiktirafan... 3 month later, classmate sumer dapat tawaran masuk new College... Optima.... Subang Jaya, Selangor.... Tiggalah Ibu seorng yg tidak mampu kemana-mana... Ibu x ada apa untuk kemana-mana... I decide... balik umah cuisin kat Kajang... Hm... Thinkin' with will happen next... Penat... Study tak habis, Keja pun habis... Addddooooyai.... Ibu tidak pernah suka jdi parasit d tempat org... So... Ibu mbil keputusan, ask Adi to pick up me and curi2 stay with my X classmate kat Subang... So happy they all happy dg kepulangan Ibu...
Langgan:
Ulasan (Atom)


